Friday, 16 January 2009

Cepatnya masa berlalu

Kecoh pejabat petang ini. Maklumlah hari Jumaat, penutup aktiviti pejabat. Sudah jam 5.20 petang staf masih bertungkus lumus dengan pelbagai kerja yang perlu dibereskan. Minggu depan banyak aktiviti yang telah dirancang termasuklah mesyuarat pengurusan eksekutif (MPE) yang pertama kali diadakan di kampus Johor Bharu. Biasanya di buat di kampus Segamat. Selepas itu, lawatan ke tapak UiTM Kampus Pasir Gudang di sebelah petang di kawasan sekitar 200 ekar di atas bukit yang boleh melihat keseluruhan Pasir Gudang dan sebahagian dari Singapura. Alhamdulillah, semuanya sudah siap dirancang. Termasuklah makan tengahari di Kampung Pasir yang terkenal dengan ikan goreng siakap. Memang lazat dan cantik pula pandangannya di tepi laut yang hanya beberapa meter dari pulau Republik Singapura. Anda akan dapat melihat pagar-pagar di pulau Republik Singapura dari tempat makan di Kampung Pasir. (Nota: Sayang betul Singapura kepada tanah mereka).

Pada sebelah malamnya, mesyuarat bersama Pegawai Pembangunan Pelajar sebagai lanjutan dan tindakan dari mesyuarat lepas untuk memperhalusi aktiviti-aktiviti pelajar. Antaranya program pertandingan debat, hari terbuka kolej/universiti, seminar Palestin, pertandingan memasak (sebenarnya membuat sandwich) dan teh tarik, dan pelbagai lagi aktiviti pelajar.

Hari Selasa pula saya akan bersiap untuk program bersama Dato' Seri Naib Canselor untuk Amanat Tahun Baru. Balik dari Shah Alam, menuju ke Tangkak untuk program perancangan strategik CITU (Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam). Pada hari Rabu pula, pejabat Pembangunan akan turun ke Johor Bharu untuk melawat cadangan kolej kediaman yang baru. Sementara itu, pihak fasiliti Johor Bahru sedang menyiapkan projek taman dan lanskap termasuk taman arnab. Projek membaikpulih padang kawad, menyiapkan bilik pensyarah (sebelum ini hanya cubicle dan memang tidak sesuai untuk pensyarah), bilik tambahan perpustakaan, projek membaikpulih surau Kpg Aman dan beberapa projek yang lain.

Apapun esok Sabtu ada pertandingan badminton untuk semua staf. Sengaja saya menyatakan kepada Saiful (Pen. Peg Sukan) untuk mewajibkan kepada semua staf masuk pertandingan badminton kerana tidak ramai yang berminat untuk bersukan. Agaknya semua hanya berminat untuk bekerja sahaja! Harapan saya semoga program sukan yang sedang dirancang seperti "Eksplorace" bagi semua warga kampus di Stadium Larkin menjadi kenyataan. Pada masa itu diharap semua staf dan keluarga serta pelajar dapat turut serta dalam acara di stadium tersebut.

Namun sekarang pejabat sudah sunyi dan semua sudah balik. Mungkin ada yang bersiap untuk pertandingan futsal dan berlatih untuk pertandingan badminton esok. Saya juga kena betulkan raket kerana talinya yang sudah terputus. Mungkin kerana sudah terlalu lama menggantung raket!

6 comments:

Umi @ Puan Nurhidayah Hashim said...

Salam Dr Mat, saya Us Hidayah ni dr Melbourne. Baru buka blog ustaz dan Us Nawi melalui blog Prof. Krem salam pada semua, pada Ust Che Zuina, Noi dll. Doakanlah semoga saya berjaya di sini. Sila lah ziarah saya di http://sekadarpendapat.blogspot.com
-From Hidayah Hashim-CITU Shah Alam-PhD Student La Trobe Uni Melbourne

halimunanisasi said...

"tidak ramai yang berminat untuk bersukan"

salam doc..saya ingin menyatakan disini..kami bukan tidak minat bersukan..walaupun di kampus masih tiada kemudahan untuk bersukan..tapi kami masih lagi mempunyai opsyen lain seperti menyewa tempat untuk bersukan..di kalangan kami ada yang berpakat untuk menyewa gelanggang seperti futsal badminton dan padang bola sepak untuk melepaskan gian kami..kami pun turut sama mengadakan perlawanan persahabatan seperti yang berlaku pada rabu yang lepas perlawanan persahabatan antara team uitm menentang team imetro..hampir kesemua pemuda-pemuda uitm kampus bandaraya johor bahru turun untuk bagi sokongan dan saya rasa hampir kesemua mereka yang datang berpakaian lengkap merasa untuk turun ke padang..mungkin pengurusan uitm tidak tahu menahu tentang perkara tersebut..walaupun tiada tempat beriadah..kami masih mampu untuk bersukan doc dan di harap selepas ini makin banyak pertandingan seperti ini di buat kerana ia boleh menggilap bakat staf uitmjb..ada di kalangan staf uitm jb merupakan jaguh..aizuddin dan fakhrul sbg pemain bola sepak..zukifli dan nur shasrizan pernah menjadi wakil badminton..nur faezah bekas jaguh silat untuk malaysia..fairuz pemain hoki..maria pemain bola jaring dan pendeklamasi sajak kebangsaan..malah saya sendiri pernah bermain tennis dan catur mewakili uitm segamat pada temasya sukan staf..kalau nak cerita banyak doc..bukan tu je yang kami ada..ada juga staf yang pernah mewakili negeri dalam acara seperti deklamasi puisi..cuma kami tidak melalui pengurusan dan kami terpaksa untuk bergerak secara solo..ada juga antara kami jadi sukarela seperti RELA dan PSTD..di harap anjuran untuk aktiviti sebegini akan diteruskan dan agar dapat melahirkan seorang staf yang berjaya dalam kerjaya dan seterusnya dapat berkerja dengan sihat..majulah sukan untuk UiTM JB

Ahmad Che Yaacob said...

Salam (Dr.) Hidayah, suami dan anak-anak di Melbourne. Hebat ustazah punya blog. Saya amat kagum dan saya doakan ustazah berjaya di sana. Nampaknya mudahlah saya untuk berkunjung ke Melbourne nanti. Sahabat saya Us. Fattah khabarnya sudah menjadi Imam Besar Masjid Melbourne. Semasa saya berjumpa beliau di Mekah pada bulan Mei 2008 lalu, beliau memberi maklum telah ditawarkan jawatan sebagai Imam Besar Masjid Melbourne merangkap Pengurus Islamic Centre. Hebat juga orang Malaysia di mana-mana berada, mereka boleh menjadi orang yang HEBAT. Tahniah Ustazah. (Nota: Saya cuba nak beri komen utk blog ustazah tapi tak reti. Mungkin banyak lagi saya kena belajar pasal blog nie).

Anonymous said...

salam Dr...
bukan tidak minat untuk bersukan.... tapi peluang untuk menyertainya tiada... tiada penganjuran pun selama ini diadakan... kalau ada pun hanya perlawanan persahabatan staf lelaki dengan mana2 team kat luar... tidak perlu lah sampai penganjuran yang besar2... kalau ada penganjuran tertutup staf UiTM KBJB pun cukup lah... bagi staf wanita yang kebanyakan bakal jadi ibu, boleh juga dianjurkan game yang simple2 ke...congkak, carrom, dart, catur dan sebagainya. sekurang2nya ada ruang untuk mereka menceburkan diri di samping dapat eratkan lagi hubungan di kalangan staf.
wassalam...

Umi @ Puan Nurhidayah Hashim said...

Dr Mat, Timekasih reply mesej saya yer.. Blog saya tu memang takde tempat bagi response.. Saya pun tak tahu macamna jadi gitu..hehe..

Nanti saya pegi cari Ustaz Fattah tu,insyaAllah.. Dr jemput dtg sini, accomodation dah ada dah.. nak bawak pi berjalan pun boleh..hehe..
Hidayah Melbourne

Ahmad Che Yaacob said...

salam
saya kurang pasti, apakah us fatah di melbourne atau di bandar yg lain. tapi seingat saya dia ada menyebut nama melbourne,..insyaAllah, jika ada keizinan dariNya, kami memang berminat utk ke sana.