Saya telah diberikan peluang keemasan untuk menyampaikan kertas kerja dan mengadakan bengkel kepada peserta International Zakat Executive Development Program. Para peserta terdiri dari wakil negara-negara OIC iaitu Arab Saudi, Nigeria, Oman, Indonesia, Brunei Darussalam dan Malaysia serta wakil dari International Zakat Organization (IZO). Ini merupakan program pertama yang seumpamanya diadakan untuk memberikan pendedahan kepada pengurus eksekutif zakat dari negara-negara Islam. Saya mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan dari para peserta kursus yang rata-rata merupakan pengurusan tinggi zakat/wakaf negara masing-masing. Ketika dalam pembentangan tersebut, saya ada menyentuh isu solat berjemaah. Saya menekankan betapa pentingnya untuk mengembalikan kecemerlangan zakat yang seharusnya bermula dari kecemerlangan dalam melaksanakan solat berjemaah. Saya teringat apa yang telah dilaksanakan oleh Prof Dr Muhd Kamil, Pengarah UiTM Johor ketika beliau mahu memastikan solat berjemaah dapat diteruskan ketika tiada pelajar berada dalam kampus. Lalu, saya menyebut seharusnya mereka yang sentiasa pasti berada dalam kampus iaitu sebahagian daripada pengawal keselamatan diberikan arahan untuk bersolat berjemaah ketika mereka sedang bertugas. Dengan cara ini kita dapat memastikan solat berjemaah sentiasa dilaksanakan pada setiap masa. Mungkin ini satu inovasi baru dalam pengurusan organisasi yang boleh direalisasikan pada masa ini.
Saya dapat melihat para peserta mengangguk-angguk kepala mungkin tanda bersetuju dan ada yang terus menulis dan membuat catatan bagi suatu idea yang bernas dan mungkin boleh dilaksanakan di tempat mereka. Walaupun keseluruhan kursus adalah selama 14 hari, saya hanya hadir untuk dua hari pertama - perasmian dan penyampaian topik pertama serta mengendalikan bengkel - dan 3 hari terakhir untuk seminar dan pembentangan kertas kerja negara peserta. Saya dapat merasakan kemesraan dari semua peserta kursus, malah mereka masing-masing mengajak saya berkunjung ke negara mereka pula. Antaranya mengajak saya untuk menyampaikan seminar di negara mereka dan ada pula yang mahu memperlihatkan perkembangan yang telah mereka capai. Saya menyampaikan hasrat dan minat untuk mengkaji pengurusan zakat Arab Saudi yang telah berjaya memungut sekitar US6 billion pada setiap tahun. Hasrat saya disambut baik oleh brother Nasir, Pengurus Besar Zakat dan Cukai Kerajaan Arab Saudi. Kebetulan pula saya sekarang sedang menjalankan penyelidikan mengenai pelaksanaan zakat perniagaan dan saya diberitahu bahawa sumber utama pendapatan zakat Arab Saudi adalah dari zakat perniagaan. Mereka juga telah mewajibkan pembayaran zakat perniagaan dan menyelaraskan pentadbiran zakat dan cukai dalam satu jabatan. Saya terfikir apakah Malaysia juga dapat menyelaraskan antara Pusat Zakat dan Jabatan Hasil Dalam Negeri dalam satu jabatan? Mungkin agak mustahil terutamanya disebabkan isu undang-undang. Walauapapun, mungkin penyelarasan dalam bentuk kerja dapat dilakukan dan ia adalah suatu inovasi yang boleh untuk diterapkan dalam pengurusan zakat di era moden.
Panel of Jury: Innovation Competition, Prime Minister Department
-
AlhamduLillah, saya telah dilantik sekali lagi oleh Jabatan Perdana Menteri
bagi menilai lebih 30 produk kategori ICT bagi pertandingan inovasi
peringka...
5 days ago

2 comments:
salam.
kebetulan saya ditugaskan utk buat sedikit kajian ttg perkembangan sistem zakat arab saudi. jika tdk keberatan boleh en.ahmad kongsi sedikit pengalaman dan info yg tlh diperolehi.
tq
Post a Comment