Malam tadi warga UiTM Johor Bahru telah beramai-ramai turun ke surau dengan satu hasrat dan doa untuk keselamatan penduduk Palestin. Tn Hj Zakaria telah mengimamkan solat Maghrib dan kemudian Us Mohd Ali mengetuai bacaan Yaasin, doa khusus Palestin dan solat hajat untuk Palestin. Selesai solat Isya', saya mengegarkan semua hadirin dengan hasrat dan niat yang sedang dirancang berhubung dengan isu Palestin.
"Percaya dan yakinlah, inilah jihad kita semua. Sebagai mahasiswa dan para intelek isu Palestin membawa rahmat kepada kita semua untuk turut menabur bakti jihad. Kita yakin dan percaya setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya." Saya memulakan bicara dengan nada yang mula meninggi dan bersemangat.
"Jika dulu, kita dengan mudah makan, minum, membeli barangan yang tanpa kita sedar atau tanpa kita kisah telah menyumbang kepada kehancuran umat Islam. Malah, umat Islam telah disiksa dua kali dengan satu batu oleh puak Yahudi laknatullah. Kita membelanjakan wang untuk membeli barangan mereka - malah menghabis duit untuk membeli rokok yang menjahamkan kesihatan - dan dengan wang kita mereka menyalurkan kepada regim bongkak Yahudi untuk menyembelih umat Islam". Saya meneruskan bicara.
"Ini adalah jihad kita. Saya mahukan setiap bilik untuk mengambil produk-produk yang kita percaya menjadi penyumbang kepada keganasan Yahudi. Maka tugas anda semua adalah membuat kajian untuk membuktikan secara lebih menyakinkan kepada semua pihak bahawa jenama tersebut HARAM dibeli oleh orang Islam. Inilah peranan kita semua. Kita akan mengegarkan bumi Malaysia dan dunia seluruhnya untuk bersama-sama memperjuangkan nasib umat Islam di seluruh dunia".
Saya kemudian membaca firman Allah, antaranya "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa, sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri". Juga sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang tidak mempedulikan nasib umat Islam yang lain, dia bukanlah dari kalangan mereka (dia bukanlah orang Islam!)".
Saya turut mengajak mereka untuk menulis nota bantahan kepada pemilik KFC, Mc Donald, Pizza Hut Malaysia untuk memikirkan sedalam-dalamnya kesan dari sistem franchais yang jika jelas terbukti menyumbangkan dana untuk regim Yahudi zionis.
"Kenapa kita tidak boleh mengeluarkan jenama kita sendiri dan kenapa mesti kita berbangga dengan jenama yang disifatkan sebagai boneka mainan Yahudi? Kenapa kita tidak belajar dari negara jiran Brunei yang terkenal dengan produk AYAMKU yang rasanya sedap dan digemari ramai di Brunei? Kenapa kita tidak melihat jenama ayam goreng pelbagai rasa keluaran tanah Jawa ditambah dengan Jus Poligami yang terkenal di Indonesia sehingga membuka cawangan ke negara Singapura? "Saya pernah makan ayam goreng ini di Medan Indonesia dan di sebuah restoran dekat Masjid Sultan di Singapura. Isteri saya pula memesan jus poligami. Tapi dia kata rasanya tak sedap!". Mungkin hanya glamour pada namanya sahaja. Ia adalah campuran dari jus buah-buahan dan mungkin sebab itu dinamakan jus poligami.
Saya perhatikan pelajar-pelajar begitu bersemangat hingga ada yang ambil gambar dan ada pula yang merakamkan aksi serta ucapan saya dalam handset mereka! Namun jauh di sudut hati, saya menjelaskan maksud dan niat tindakan kita adalah bukan untuk mencari populariti atau glamour. Sebaliknya atas kesedaran dan motto "Allah is my CEO".
IMBUHAN PESARA DITERUSKAN
-
"Dari janin hingga ke liang lahad". Begitulah gambaran yang diterima oleh
penjawat awam yang menerima layanan baik daripada kerajaan kebelakangan ini.
Jami...
5 hours ago

0 comments:
Post a Comment