Monday, 12 January 2009

Terima Kasih Semua

Terima kasih kepada semua UiTM Johor Bahru kerana sudi menerima hadiah dari saya iaitu beristirehat sambil bekerja di Ladang Herba Nasuha. Saya merasa terhutang budi kepada semua staf yang telah bekerja dengan cemerlang sepanjang tahun 2008 dan saya telah mengzahirkan kehebatan mereka dalam kata-kata berikut "UiTM Johor Bahru: Luar Biasa". Mereka telah berjaya menganjurkan banyak aktiviti seperti Seminar Pemantapan Solat, Forum Bicara Ad-Din, Bengkel Perjanjian Program 2010-2011 dan menjalinkan hubungan yang baik dengan kerajaan negeri, Majlis Agama Islam Johor, Iskandar Malaysia dan lain-lain organisasi. Peningkatan akademik pelajar juga membuktikan komitmen warga kampus. Apabila saya menjejakkan kaki ke UiTM JB, saya amat terkesan apabila mendapati begitu ramai pelajar yang gagal dalam matapelajaran hingga ada subjek yang mana pelajar gagal lebih 50%. Kenapa begitu teruk dan apa yang sebenarnya telah berlaku ? Namun, hasil usaha semua pihak terutama para pensyarah, bilangan pelajar gagal telah menurun dengan banyak. Bahkan, bilangan pelajar yang cemerlang semakin bertambah. Oleh itu, sebagai tanda terima kasih saya membawa mereka ke Ladang Herba Nasuha.

Mereka disajikan dengan makanan berkhasiat dan cara hidup yang sihat. Mereka telah diberi kesempatan bermandi sauna selama 45 minit setiap orang. Pengalaman mandi sauna dengan daun-daun herba sesuatu yang baru dan amat menarik. Berada dalam sauna yang gelap dan panas seumpama memasuki "lubang kubur", malah terasa susah untuk bernafas. Mereka yang memasuki sauna herba di Nasuha dan bertahan selama 45 minit harus diberikan pujian kerana berjaya bertahan walaupun terasa sesak nafas dan terasa bahang panas. Namun, kelebihan bersauna amat banyak antaranya dapat menurunkan berat badan dan membuang toksid dalam badan. Pada peringkat awal, lebih kurang 5 minit yang pertama anda berasa susah untuk bernafas. Tetapi kemudian anda akan berasa selesa dan berpeluh seperti sudah berlari mengejar bola satu stadium. Mereka juga dihidangkan dengan makanan yang berkhasiat dan minuman dari 8 jenis herba yang berbeza-beza serta mempunyai khasiat yang berbeza-beza. Minuman Teh Herba Gora amat istimewa yang berasal dari Yemen, tetapi telah ditanam di Ladang Nasuha. Apapun, terima kasih kepada semua staf yang telah sudi untuk menerima hadiah dari saya.

1 comments:

JoEaUhEaRrEeY said...

salam,
waaaa......ustaz,
bestnye p Ladang herba nasuha..
hehe~ slamat mengajar unt ths sem ustaz...
mnt izin nk link kan blog untaz ni dari blog sy ea (http://andehsilodeh.blogspot.com/)
..
tQ...
salam..