
Akhbar semalam melaporkan kanak-kanak berusia 11 tahun di Wampum Amerika Syarikat telah menembak mati kekasih bapanya kerana "cemburu". Dia telah ditahan polis atas dakwaan membunuh kekasih bapanya dan bayi berusia lapan bulan. Manakala, di Mexico, kanak-kanak berusia 11 tahun menjadi matador termuda yang telah mencipta sejarah membunuh 6 ekor lembu muda. Seorang mungkin dianggap sebagai penjenayah dan yang kedua mungkin dianggap sebagai wira. Namun, kedua-dua mereka telah dilatih oleh ayah mereka sendiri menggunakan "senjata" dan mereka telah menyempurnakan tugasan tersebut dengan "berjaya". Jelas, sungguh hebat peranan seorang bapa!
2 comments:
Sangat mengagumkan...
huhuu~
Salam pagi Selasa dari Andeh unt ustaz... :)'
Assalaamu'alaikum WW
Dr,
Rasanya perlu juga melatih anak2 kita terutama yang lelaki utk memiliki keberanian dan keperwiraan.
Sekurang2nya mereka tidak dipermudah oleh mat rempit atau kaki buli. Tetapi jangan pula hingga menjadi sombong, bangga diri dan memandang rendah orang lain apatah lagi menjadi ganas.
Sekurang2nya mereka berani dan tahu menyembelih ayam sendiri dan tidak hanya berani membeli daging ayam dari pasaraya atau KFC.
Post a Comment