Sunday, 15 February 2009

Penubuhan RADA








Majlis perasmian Rakan Anti Dadah (RADA) peringkat IPTA negeri Johor telah disempurnakan oleh Prof Dato Dr Mohd Yusuf Kasim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi selaku wakil rasmi YB Menteri Pengajian Tinggi.

Saya sempat pula berjumpa Prof Dr Tajuddin TNC HEP UTM, ketua delegasi UTM. Saya dan Prof telah berbincang beberapa program yang boleh diadakan secara bersama terutama yang melibatkan kepentingan UiTM dan UTM. Prof Tajuddin memberi maklum bahawa UTM telah membuat re-branding (penjenamaan semula) dengan meletakkan nama UTM lebih besar. Antaranya kerana orang sentiasa bertukar antara UTM dan UiTM. Mungkin dengan mengadakan program bersama antara UiTM dan UTM, menyebabkan orang tidak lagi keliru.

Pelajar UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru turut terlibat dan mereka senorok kerana semua yang hadir terus mendapat sijil yang ditandatangan oleh Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Tahniah kepada Politeknik Johor Bahru yang telah dapat mengumpulkan semua IPTA peringkat negeri Johor dan menganjurkan program yang amat bermakna. Sasaran Agensi Anti Dadah Kebangsaan menjadikan 2015 Malaysia bebas dari dadah. Semasa makan tengahari, Prof Dato' Dr Yusuf mengharapkan semua IPTA dan menyarankan semua Naib Canselor untuk meletakkan KPI (Key Performance Indicator) semua IPTA menjadi bebas dadah sebelum 2015. Apakah kita dapat merealisasikan hasrat murni ini di UiTM? Pada saat dan ketika ini pada hemat saya UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru adalah BEBAS dari dadah. Adakah saya yakin 100%? Bolehlah saya memberikan kata putus kepada Kementerian Pengajian Tinggi?

6 comments:

JoEaUhEaRrEeY said...

Teringat zaman menuntut 5 tahun dlu d uitm Johor.. Lebih 100 program telah dihadiri dengan lebih 80 sijil2 pelbagai bentuk tnd tgn daripada pelbagai individu tertentu..

Ahmad Che Yaacob said...

Hebat...hebat..hebat..Hasilnya anda menjadi orang yang hebat dan kami dapat tumpang seronok. UiTM Johor memang hebat.

engku said...

ble la nk ader baju yg smart dan seragam untuk uitm kampus bandaraya?

JoEaUhEaRrEeY said...

isshhhh ustaz lg hebat..da de title "Dr."...sy mane ade lg...huhuuu~
insya Allah 1 day, klu fund ckp nk jgk title tue...heheee~
cayoikkk unt ustaz...
jemput singgah kt blog ea...
http://andehsilodeh.blogspot.com/
tQ ustaz...
:)'

asif said...

Assalaamu'alaikum WW

Dr,

Mungkin kena buat kejutan test air kencing utk semua pelajar..

Kalau Dr ada sixth sense, tengok muka std pun tau ada amik dadah ke tidak..

Anonymous said...

pada hemat saya, Dr tangguhkan dulu hasrat untuk memberitahu mengenai 100% bebas dadah tu...berbalik kepda cadangan urine test, itu yg sebaik-baiknya..