Thursday, 19 March 2009

Membaiki Padang Kawad

Hari ini akan bermula kerja-kerja membaiki padang kawad yang telah rosak. Dijangkakan ia akan siap selewat-lewatnya dalam masa 2 minggu. Pemandangan dari atas kolej kediaman padang kawad yang mengalami kerosakan.Padang kawad ini berada di tengah-tengah kampus. Ia bukan sahaja tempat pelajar beruniform berkawad, tetapi juga tempat riadah pelajar untuk bermain bolasepak dan bola jaring. Ketika ada program rasmi universiti, ia menjadi tempat meletak kenderaan. Ia juga pernah menjadi tempat berlangsung "pembakaran logo barangan boikot Israel".

Pandangan sisi padang kawad yang akan berubah wajah. Terima kasih kepada pihak pengurusan YPJ yang telah bersetuju untuk menanggung kos memperbaiki semula padang kawad. Pandangan yang saya kemukakan dalam mesyuarat bersama UiTM dan YPJ telah mendapat respon positif dari pihak pengurusan YPJ. Terima kasih terutamanya kepada Tuan Haji Zainuddin, Pengurus Besar YPJ dan seluruh warga kerja beliau. Kami berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual kerana ada program besar yang akan berlangsung di UiTM Johor Bahru pada Sabtu 04 04 2009... nantikan kehadirannya.

1 comments:

AnDeH said...

Tak kurang hebatnye dengan Segamat yang makin menyerlah..

-Andeh-