Sunday, 8 March 2009

Mesir yang ku kenali 02

Warga Mesir adalah orang yang ramah. Suka bercakap dan kadang kala mereka tidak berhenti bercakap. Mereka juga amat ramah dengan orang asing / pengunjung dari negara luar. Sentiasa murah dengan senyuman dan tidak pernah menolak jika diajak untuk bergambar.Bukti keramahan warga Mesir kepada orang luar. Mereka mudah tersenyum dan berbangga apabila dapat bergambar. Lihatlah betapa erat budak itu mengenggam lengan saya. Padahal saya baru mengenali beliau kurang dari 5 minit.
Sedia bergambar, tapi budak baju merah tu malu-malu sikit.
Macam mana gambar saya, hansem tak?
Bola adalah sukan kebanggaan warga Mesir. Budak-budak bermain bola di mana sahaja hingga di tepian lorong kedai menjual kitab. Oleh sebab berdebu, mereka sentiasa menyiram dengan tanah/jalan dengan air.
Ragam penjual sekitar Giza Piramid. Mereka boleh menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa yang saya tidak faham (mungkin Rusia, Itali dll).
Di mana-mana terdapat rombongan pelajar sekolah dan mereka selalu dibawa melawat ke tempat bersejarah. Pelajar-pelajar ini juga tidak keberatan untuk bergambar walaupun guru-guru mereka agak garang, sedia dan sentiasa ada berhampiran mereka.
Kedai menjual ikan, juga untuk mereka yang mahu memakan ikan segar di restoran. Harganya boleh tahan semuanya LE80 sekilo... waduh, padahal berdekatan dengan kedai ini ada pasar yang juga menjual ikan dengan harga yang jauh lebih murah.
Penjual span yang asli diperbuat dari buah labu yang dikeringkan. Kalau di Malaysia, kita membelinya di farmasi. Mereka menjual di jalanan dengan harga yang amat murah.

Syeikh Azhar juga amat ramah dan sedia memeluk anda dan mendoakan anda. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan mereka. Syeikh ini adalah seorang yang buta tetapi mempunyai suara yang amat merdu dan merupakan bilal di sebuah masjid di Alexandaria berhampiran dengan makam 12 wali, makam Imam al-Busairi, makam Imam al-Musi, cicit Rasulullah s.a.w. dan lain-lain yang tidak saya ketahui nama mereka.
Suasana selepas solat Jumaat di Alexandaria.
Penjual sayuran di Alexandaria. Harga yang murah, sayuran yang segar dan bersaiz besar.
Sungai Nil yang terkenal. Di tepi sungai Nil ini terdapat "cruise" kapal yang akan menyusuri sepanjang sungai Nil dengan diiringi tarian gelek. Kami hanya melaluinya sahaja, masa tidak mengizinkan untuk menaiki kapal. ....
Suasana di tepi laut berhampiran kota lama di Alexandaria. Penjual di kiri kanan dan kanak-kanak sekolah di mana-mana.
Kanak-kanak Mesir juga bermain seperti kanak-kanak di Malaysia?
Suasana di sebuah bazar di Kaherah berhampiran masjid Husayn yang terkenal sebagai tarikan utama pelancong membeli-belah. Harga di sini adalah lebih murah berbanding tempat lain. Pastikan anda tawar menawar hingga separuh harga. Dapat disaksikan budak menjunjung makanan di atas kepala mereka. Satu suasana yang biasa di Kaherah.

1 comments:

Blackrose said...

comelnye dua org warga Mesir ni Ustaz..
mmg jelas tergambar sifat keramahan mereka dlm gmbar ni..
kalau la saya berpeluang ke sana..
huhu
doakan saya ye Ustaz supaya suatu hari nnt saya pun dapat memjejakkan kaki ke sana.. Amin..