Muizz sudah sedia. Muizz sudah selesai berkhatan, abang Syarif sedang dikhatankan.
Terima kasih En Ahmad Yaakob, doktor yang telah 30 tahun berpengalaman mengkhatankan orang. Katanya pada setiap musim cuti sekolah purata 200 orang telah dikhatankan. Itu belum termasuk budak bukan Islam sebab mereka berkhatan tidak ikut musim cuti sekolah. Menurut En Ahmad Yaakob beliau baru selesai mengkhatankan budak Cina sebelum anak saya. Dia bekerja secara "freelance" di 22 buah klinik. Wow..hebat sekali orangnya. Namanya pula macam pernah dengar !
Berehat di ruang tamu depan TV kat rumah. Kami berterima kasih kepada abang-abang pelajar yang sudi bertandang menziarahi Syarif dan Muizz. Terima kasih kepada Qustan, Firdause dan Ikhwan. Syarif dan Muizz sudah tidak sabar-sabar nak bermain bola dengan mereka.
IMBUHAN PESARA DITERUSKAN
-
"Dari janin hingga ke liang lahad". Begitulah gambaran yang diterima oleh
penjawat awam yang menerima layanan baik daripada kerajaan kebelakangan ini.
Jami...
5 hours ago

2 comments:
tahniah kpd muiz ngn sharif yerk..
huhuhu..
Salam Ustaz,
Tahniah untuk Muizz dan Syarif. Anak saya yang sama nama dengan Ustaz pun dah sunat cuti Disember lepas. Nama tok mudim pun sama dengan nama Ustaz?
Post a Comment