Ada sahabat yang mencadangkan saya menulis sedikit tentang pengalaman temuduga DM54. Jadi, ia adalah sedikit coretan yang boleh saya kongsi bersama dan mungkin ia hanya benar bagi diri saya dan tidak berlaku kepada orang lain. Pun begitu, terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini.
Umumnya, boleh dikatakan persediaan dan persiapan untuk temuduga adalah jauh lebih sukar berbanding dengan temuduga itu sendiri. Jika dibandingkan dengan masa temuduga sekitar 10 hingga 15 minit (malah ada yang hanya sekadar 5 minit sahaja), jauh lebih ringkas dari persiapan yang memakan masa berjam lama untuk menyiapkan "resume" atau mencari bahan-bahan yang telah tersimpan lama. Apatah lagi tempoh mengisi borang, mencari beg untuk diletakkan bahan yang telah siap dikumpul dsb yang memakan masa yang jauh lebih lama.
Akan tetapi, tempoh masa sekejap semasa temuduga amat bermakna. Ramai yang "frust" kerana tidak menjangkakan soalan apakah yang akan ditanya dan tidak terfikir pula apakah jawapan yang hendak diberikan secara spontan.
Setelah saya berbincang dengan mereka yang telah mengikuti temuduga tempohari dan hasil dari perbincangan tersebut, berikut adalah antara soalan yang ditanya:
a) Sila ceritakan tempoh perkhidmatan anda di UiTM,
b) Apakah bidang kepakaran anda?,
c) Apakah karya anda dalam bidang kepakaran telah diterbitkan dalam jurnal?,
d) Bagaimana anda melihat masa depan dalam bidang kepakaran anda / fakulti / pusat kajian anda?
e) Apakah anda bersedia untuk memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran universiti?.
Oleh itu, secara umumnya, boleh dikatakan soalan adalah berkaitan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman kerja/memegang jawatan (post). Apa yang pasti adalah kemahiran anda berkomunikasi, berhujah, menyampaikan ide-ide dan pengetahuan anda mengenai bidang pengkhususan.
Semoga sedikit penerangan ini memberikan kebaikan kepada anda yang membaca.

6 comments:
Salam.
Ust Dr Ahmad, semoga Dr berjaya bergelar PM dan kemudiannya membimbing kami pula untuk mendapatkannya...
Semoga berjaya.
Salam Ustaz.
Semoga Ustaz berjaya dalam temuduga tersebut.
GOod Luck ustaz...
-Andeh-
Moga berjaya Dr..
dan mungkin terpaksa berhijrah ke kampus lain utk jawatan yg lain pula ( tentunya lebih mencabar..)
..kejayaan adalah satu perjalanan..
Beberapa hari lepas selepas terbaca blog ustaz mengadap tengku mahkota johor, saya bermimpi ustaz berada di atas pentas memberi ucapan dalam satu acara yang cukup meriah . Suasananya seperti di PWTC... Mungkin ustaz akan jadi YB agaknya... Masa tuh tak perlu temuduga dah rasanya...
Anyway, semoga kejayaan ustaz dalam segala bidang akan menyumbang untuk kejayaan yang lebih besar di SANA nanti...
Salam Izan,
elok benar mimpi tu, rasanya mungkin majlis maulidurraul yang diadakan di sini. alhamdulillah amat meriah cx.
Post a Comment