Saturday, 2 May 2009

Jawapan Yang Tepat

Menanda kertas peperiksaan dan ujian terutama soalan esei kadang-kala boleh mendatangkan beberapa reaksi kepada pemeriksa. Di samping ada rasa macam "frust" kerana pelajar tidak dapat jawab dengan baik soalan yang mudah. Ada juga rasa nak marah, tetapi itulah realitinya setelah habis satu semester dan setelah anda berhempas pulas memberikan syarahan. Ini mesti tidur masa kuliah!

Namun, ada juga jawapan yang mencuit hati dan nak buat kita ketawa. Juga ada yang menyebabkan kita akan berfikir sejenak. Cuba anda lihat kepada jawapan pelajar ini.

Soalan: Jelaskan perkara berikut: (antaranya)

a) Matlamat menghalalkan cara

(Jawapan pelajar)
Matlamat menghalalkan cara ialah, Islam memberi kelonggaran kepada kita. Contohnya, jika kita ingin menipu, kesan daripada menipu itu tidak memberi kemudaratan kepada orang lain bahkan mendatangkan kebaikan.

Apa komen anda?

8 comments:

Syah said...

Salam ustaz,

Ni kes nak "goreng" tapi hangit ni..

Anyhow, selamat menanda.

Mohd Halim said...

Assalamualaikum Ustaz,

Kadangkala Ustaz telah mengajar dengan betul. Tapi pelajar dapat ajaran yang mengelirukan. Itulah dilema yang kita hadapi.

Anonymous said...

salam ustaz..

saya pelajar ustaz..
sy phm perasaan ustaz kerana
sy juga antare pljar yg suke *menggoreng* apabile tdk igt atau x tahu jwpn bg soalan tersebut..
tetapi sy akn berusaha dan bgi jwpn terbaik sebaik mungkin utk paper ctu nnti..

sbnrnyer sy brase agk kcewa dgn carry marks sy yg tdk sprt sye jangkakan..
tp sy masih mahu buat terbaik tuk mendpt gred A..

sy harap doa ustaz mengiringi saya..
halalkan ilmu yg telah ustaz berikan..
saya mahu minta maaf jika sy ade trbuat salah pd ustaz..

selamat menanda ustaz..
jgn stress2x..^-^

salam...

princesz mia said...

salam ustaz...
bagi sy 'matlamat x menghalalalkan care ni ialah kita menginginkan sesuatu tetapi cara kita mencapai apa yang diinginkan tue x memenuhi kehendak syarak...
[x perlu bagi markah la bg pendapat ni yer ustaz.. =) ]

asif said...

salam..

saya beri contoh:

teruna dara "menghalalkan" pergaulan bebas kerana mempunyai matlamat untuk mendirikan rumah tangga (berkahwin).

Anonymous said...

Salam
Ini kes mengelamun semasa kuliah sampai ke masa exam...boleh bagi markah penuh = 0 untuk jawapan yang terlebih kreatif tu.

Nizam Arjuna said...

ustaz,

tidak tepat menjawab suatu persoalan. risau juga difikirkan jika fikrah songsang sebegitu akan menular dalam kehidupan mereka pada masa hadapan. minta2 dijauhkan.

semoga anak-anak didik kita (dan kita juga) sentiasa akrab dengan hidayah Allah..;-)

Anonymous said...

ustaz..thanks bg saya A..hehe