


Alhamdulillah, warga CITU yang terdiri daripada pensyarah pendidikan Islam dan pegawai Hal Ehwal Islam seramai 270 orang telah dapat bersama-sama menghadiri Konferensi Pendidikan Islam kali 2 di Hotel Selesa Pasir Gudang.
Program kali ini agak istimewa kerana ia bukan sahaja dihadiri oleh pengurusan tertinggi universiti termasuk Tan Sri Dato Seri Naib Canselor, juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Pendaftar UiTM. Ini jelas menunjukkan kepentingan konferensi dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap CITU.
Teristimewa pula apabila YB Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato Mohamed Khalid Nordin telah menyempurnakan majlis perasmian. Selain memberikan pujian dan sanjungan, YB Menteri turut menyebut pusat kecemerlangan negara di peringkat kebangsaan. Dengan keazaman warga CITU yang telah bertapak sejak sekian lama dalam alam pendidikan Islam dan tersebar luas di seluruh pelusuk negara, adalah diharap ia boleh mencapai taraf sebagai sebuah pusat kecemerlangan kebangsaan.

1 comments:
Tahniah! Saya perhatikan CITU makin berkembang dan penyelidikan yang dijalankan semakin berkualiti. Teruskan usaha memartabatkan pendidikan Islam!
Post a Comment