Sudah lama tidak pegang raket badminton. Ada peluang menang ke? Tali pun raket pun sudah putus dan tidak sempat hendak dibuat semula kerana rupa-rupa ia memakan masa beberapa hari hanya untuk sambung semula tali raket. Apa pun tujuan pertandingan bukan kalah atau menang tetapi untuk kesihatan dan hubungan kemesraan antara staf.
Pertandingan badminton ini hanya melibatkan acara beregu sahaja. Saya beregu dengan Tuan Syed Mazlan, kira ok tu sebab dua-dua orang veteran (belum tua lagi). Kami dapat kalahkan orang muda dalam rubberset. Set pertama kalah. Biasalah tu, orang veteran lambat panas, kena "warming up" lebih sikit. Tapi set kedua dan ketiga, kami menang. Selepas itu, kami dapat masuk suku akhir. Sama juga jumpa orang muda dan orang veteran. Set pertama kami tewas, dan set kedua hampir-hampir menang (18-21). Jadi begitulah keputusannya, kami tersungkur di suku akhir. Sebab main kalah mati. Tetapi rupa-rupanya yang menang dengan kami tu, akhirnya sudah menjadi JUARA. Tahniah kepada Zulkifli (Wak) dan Norhaz (staf baru keselamatan). Tahniah juga kepada "Saiful and the gang" yang telah berjaya menganjurkan pertandingan ini. Kepada yang kalah, diharap tidak kecewa, ada ubi ada batas, lain kali cuba lagi.
Mungkin ada rahmat juga bila saya kecundang di gelanggang badminton kerana saya terpaksa berkejar ke kampus bagi program Raja Masak (sandwich) dan Cabaran Teh Tarik di kalangan pelajar. Wow, menarik sungguh hiasan dan sungguh enak rasa roti sandwich yang dibuat oleh pelajar-pelajar. Semuanya amat kreatif hingga para juri begitu sukar untuk memilih Raja Masak. Sama juga dengan cabaran Teh Tarik. Anak saya pun tidak bergerak menyaksikan kehebatan abang-abang dan kakak-kakak pelajar mempersembahkan kreativiti membuat dan "menarik" teh tarik dengan iringan pelbagai muzik termasuklah lagu ulik mayang, pop, hindustan dan sebagainya. Pertandingan yang dibuat mengikut bilik-bilik pelajar dan bilik terbaik adalah bilik B103. Tahniah kepada penghuni bilik B103 selaku Juara Raja Masak dan Cabaran Teh Tarik. Terima kasih staf yang turut hadir sebagai juri iaitu Puan Rosnah, Puan Zainab Izzah, Puan Safiah (my wife) juga Puan Yulie yang telah berjaya menganjurkan program ini. Saya ada menyebut supaya pelajar-pelajar ini diberikan peluang untuk membuat jualan amal khususnya untuk Program Palestin nanti. Ada sesiapa yang berhasrat untuk membeli ke?
IMBUHAN PESARA DITERUSKAN
-
"Dari janin hingga ke liang lahad". Begitulah gambaran yang diterima oleh
penjawat awam yang menerima layanan baik daripada kerajaan kebelakangan ini.
Jami...
5 hours ago
