Friday, 31 July 2009

Keselamatan Memakan Daging Babi

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam bentuk pdf yang dikeluarkan sebagai panduan mengenai virus selsema babi perlu diteliti semula. Ia juga sepatutnya mendapat perhatian dari masyarakat Islam di Malaysia.

Kenyataan dalam bentuk Frequently Asked Questions (FAQ) (Soalan Lazim) mengenai influenza A H1N1 (virus selsema babi) bahagian terakhir berkaitan dengan soalan; the safety of pork (keselamatan/bahaya daging babi).



Ministry of Health Malaysia
INFLUENZA A (H1N1)
Frequently Asked Questions (FAQs)
____________________________________________________________
A. About the disease
1. What is Influenza A (H1N1) ?
Influenza A (H1N1) is highly contagious acute respiratory disease infecting humans caused by a new virus, the result of a mutation created by the mixing of the pig, bird and human influenza virus genes.
....
....
F. About the safety of pork
1. Is it safe to eat pork and pork products?
Yes. Influenza A (H1N1) has not been shown to be transmissible to people through eating properly handled and prepared pork (pig meat) or other products derived from pigs. The virus is killed by cooking temperatures of 1600F/700C, corresponding to the general guidance for the preparation of pork and other meat.

Soalan yang ditanya apakah selamat jika seseorang memakan daging babi?
Jawapan yang diberikan: Ya (Selamat). Tidak ada bukti yang menunjukkan mereka yang memakan daging babi yang disediakan mengikut aturan yang ditetapkan mendapat virus selsema babi. Virus dalam daging babi dapat dihapuskan dengan memasak pada suhu 160F / 70C.

Kenyataan ini seolah-olah menidakkan bahawa majoriti penduduk di Malaysia adalah beragama Islam. Ia juga seumpama telah mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan daging babi. Ia langsung tidak prihatin kepada sensitiviti umat Islam.

Kalaupun mereka yang mengeluarkan kenyataan ini belum menemui sebarang bukti saintifik, kenapa mereka tidak menyebut bahawa "MEMAKAN DAGING BABI ADALAH HARAM KEPADA UMAT ISLAM".

Sebagai orang yang diberi tanggungjawab untuk menyebarluas maklumat virus H1N1 ini, saya tidak mahu dipersalahkan kerana telah meletakkan kenyataan bahawa memakan daging babi adalah SELAMAT. Bagaimana jika ada mereka yang setelah membaca maklumat ini terdorong untuk memakan babi kerana diberikan kepercayaan oleh Kementerian dan oleh orang yang diberi tanggungjawab bahawa BOLEH MAKAN DAGING BABI.

Apakah tidak cukup dengan nama yang diberikan virus selsema babi, menyebabkan seseorang tidak mahu memakan babi? Di manakah akal mereka yang cerdik pandai sedang logik akal seorang budak tadika pun tahu, ia berpunca dari babi.

Kita sudah dan sedang dilanda dengan wabak yang semakin cepat merebak. Apakah kita masih berdegil dan berasa lebih hebat dari Tuhan sehingga sanggup membelakangkan hukum arahanNya? Atau apakah kita perlu lebih tadawwuk dan pasrah dengan kasih sayang dan rahmatNya?

Cuba perhatikan petikan dari jiran sebelah, apa kata mereka?

A message from the Health Corporation of Singapore about the Bad effects of pork consumption:

Pig's bodies contain MANY TOXINS, WORMS and LATENT DISEASES. Although some of these infestations are harbored in other animals, modern veterinarians say that pigs are far MORE PREDISPOSED to these illnesses than other animals. This could be because PIGS like to SCAVENGE and will eat ANY kind of food, INCLUDING dead insects, worms, rotting carcasses, reta (including their own), garbage, and other pigs.

INFLUENZA (flu) is one of the MOST famous illnesses which pigs share with humans. This illness is harbored in the LUNGS of pigs during the summer months and tends to affect pigs and humans in the cooler months. Sausage contains bits of pigs' lungs, so THOSE who EAT pork sausage tend to SUFFER MORE during EPIDEMICS of INFLUENZA. Pig meat contains EXCESSIVE quantities of HISTAMINE and IMIDAZOLE compounds, which can lead to ITCHING and INFLAMMATION; GROWTH HORMONE which PROMOTES INFLAMMATION and growth; sulfur containing mesenchymal mucus which leads to SWELLING and deposits of MUCUS in tendons and cartilage, resulting in ATHRITIS, RHEUMATISM, etc. Sulfur helps cause FIRM human tendons and ligaments to be replaced by the pig's soft mesenchymal tissues, and degeneration of human cartilage

Untuk makluman lanjut sila layari laman web ini:
http://www.ya-hussain.com/int_col1/others/food/pork.htm

Cuba lakukan ujian ringkas ini (jika masih belum percaya)

If you pour Coke (yes, the soda) on a slab of pork, and wait a little while, you will SEE Worms crawl out of it.

Tuesday, 14 July 2009

Harta Allah Paling Berharga

Semalam, semua pelajar telah dikumpulkan di Dewan Besar bersama-sama pihak pentadbiran, ketua bahagian dan ketua program. Alhamdulillah, siswa/i telah memenuhi dewan ketika saya masuk melalui pintu belakang. Majlis amanat Koordinator Kampus, yang menjadi agenda pada malam tersebut, berbeza dengan majlis-majlis yang dibuat sebelum ini. Dengan beberapa pendekatan baru yang diperkenalkan hasil dari kursus kejurulatihan (TOT) "Mengenali Allah" yang telah saya jalani.

Saya dapati semua yang hadir lebih ceria dan boleh bergembira dengan usikan serta urutan belakang kawan mereka. Ada juga ketikanya, saya dapat saksikan bebola mata mereka berubah menjadi kemerah-merahan hingga bergenang air mata. Harapan saya, mereka menangis kerana telah mengenali Allah.
Sesekali saya bersuara lantang, sebagai memberi faham dan supaya yang hadir dapat gambaran yang sebenar tentang sesuatu. Contoh diberikan apabila saya berkata; "Jangan bising, Jangan bercakap". Suasana masih tidak tenang. Sebaliknya apabila saya berkata; "Diam" dengan nada yang tinggi, seluruh dewan menjadi senyap sunyi. Ia adalah satu simulasi/ujian/latihan bagi menerangkan maksud, fungsi, kehendak sesuatu ayat. Alhamdulillah mereka telah faham dan faham bahasa, bukan TIDAK RETI BAHASA.
Saya menerangkan bahawa bahasa boleh diucapkan bukan sahaja dengan pertuturan, malah boleh berlaku dengan isyarat, tulisan, gambar, mimik muka dsbnya. Apa yang ingin saya fokuskan ialah untuk mengingatkan mereka supaya memahami bahasa/tanda dan bertindak mengikut kehendak/tujuan bahasa tersebut. Berapa ramai orang merokok walaupun telah diletak tanda dilarang merokok, berapa ramai pula orang yang melanggar lampu merah, dan berapa ramai pula mereka yang duduk bersembang atau tidak mempedulikan azan yang dikumandangkan? Inilah orang yang tidak faham bahasa atau orang yang tidak reti bahasa.
Saya bersyukur kerana semua yang hadir telah berjaya mengungkapkan dan mengikrarkan dengan berkata; "Saya adalah harta Allah yang paling berharga". Begitu juga dialog dua orang sahabat yang menerangkan bahawa mereka adalah harta Allah yang paling berharga.
Suasana ceria dan sedih apabila semua pelajar baru bangun dan bersalam serta memeluk pelajar-pelajar senior dengan berbisik di telinga mereka; "terima kasih kerana telah menyayangi saya". Ada wajah-wajah sedih dan wajah kepelikan serta serba salah antara mereka. Apa yang amat saya harapkan wujud kemesraan antara pelajar baru dan lama di mana pelajar baru bersifat menghormati pelajar lama, dan pelajar lama bersifat menyayangi pelajar baru. Bukankah itu yang disuruh oleh Islam? Bukankah itu yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.? Apakah kita tidak faham bahasa dan kehendak Allah?

Monday, 13 July 2009

Tajuk Pembentangan CTU 231 Perakaunan Islam

1. Perbezaan di antara sistem perakaunan Islam dan sistem perakaunan barat.

2. Konsep harta dan pemilikan dalam Islam.

3. Sejarah penubuhan Baitulmal dan peranannya di era kegemilangan Islam.

4. Peranan institusi Baitulmal di Malaysia pada masa sekarang.

5. Pengharaman riba: Sebab, Implikasi dan Kedudukan interest dalam amalan perbankan pada masa sekarang.

6. Operasi sistem perbankan Islam dan perbezaannya dengan sistem perbankan konvensional.

7. Al-Rahnu: Konsep, Operasi dan Perbandingan dengan sistem konvensional.

8.Peranan institusi zakat dalam pembangunan sosioekonomi umat Islam.

9. Zakat Wang Simpanan dan Zakat Perniagaan: Konsep dan Kaedah Pengiraan.

10. Zakat Mal Mustafad (Zakat Pendapatan) dan Zakat Tanaman: Konsep dan Kaedah Pengiraan.

11. Konsep dan peranan institusi wakaf dalam pembangunan ekonomi negara Islam.

12. Aplikasi Mudharabah dalam sistem perbankan Islam.

13. Aplikasi Musyarakah dalam sistem perbankan Islam.

14. Dinar emas: Konsep dan pelaksanaan di Malaysia.

Sunday, 12 July 2009

Senarai Perkara Yang Ingin Dicapai

Ibubapa dan orang tua selalunya marah jika seseorang berangan. Inggeris yang menjajah Tanah Melayu juga membuat cerita Mat Jenin dan angan-angannya. Tetapi apabila hidup tanpa angan-angan boleh menyebabkan orang tanpa cita-cita.

"Sesungguhnya Allah mengikut apa yang diimpikan seseorang". Allah menyuruh kita berdoa dan Allah berjanji akan menunaikan segala permintaan hambaNya.

Beberapa soalan yang memerlukan jawapan. Apa pendapat anda?

Soalan:
1. Kalau Islam betul-betul, mana lebih banyak Halal atau Haram?
2. Apakah agama Nabi Adam a.s.?
3. Adakah anjing dan babi itu Islam?

Saturday, 11 July 2009

Tidak Jangan Bukan

Bermula semalam, 10 Julai saya mengikuti program Ahsan dibawah seliaan "trainer" Abu Faiz (Us Jaafar Muhammad - pengarang 7 Formula Hidup Sukses). Sungguh banyak perkara baru yang telah saya pelajari dan insyaAllah saya akan berkongsi di sini.

Perkataan tidak, jangan dan bukan merupakan bahasa yang biasa diucapkan tetapi apakah kesan dari perkataan tersebut.

Lihat kepada keadaan berikut. Seorang bapa berkata; "Jangan panjat". Atau seorang guru berkata: "Jangan bising". Apakah yang biasanya terjadi?

Apabila diminta membuat senarai 10 perkara yang tidak mahu terjadi / tidak dikehendaki berlaku dalam kehidupan, seseorang mungkin akan menulis seperti berikut:

1. Tidak terlibat dalam kemalangan
2. Jangan ada yang berdengki
3. Jangan ada orang yang menipu saya
4. Jika ada yang kehilangan harta, bukan termasuk saya
5. dan sebagainya.

Apa pula senarai anda?

Sunday, 5 July 2009

Konferensi Pendidikan Islam







Alhamdulillah, warga CITU yang terdiri daripada pensyarah pendidikan Islam dan pegawai Hal Ehwal Islam seramai 270 orang telah dapat bersama-sama menghadiri Konferensi Pendidikan Islam kali 2 di Hotel Selesa Pasir Gudang.
Program kali ini agak istimewa kerana ia bukan sahaja dihadiri oleh pengurusan tertinggi universiti termasuk Tan Sri Dato Seri Naib Canselor, juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Pendaftar UiTM. Ini jelas menunjukkan kepentingan konferensi dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap CITU.
Teristimewa pula apabila YB Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato Mohamed Khalid Nordin telah menyempurnakan majlis perasmian. Selain memberikan pujian dan sanjungan, YB Menteri turut menyebut pusat kecemerlangan negara di peringkat kebangsaan. Dengan keazaman warga CITU yang telah bertapak sejak sekian lama dalam alam pendidikan Islam dan tersebar luas di seluruh pelusuk negara, adalah diharap ia boleh mencapai taraf sebagai sebuah pusat kecemerlangan kebangsaan.

Syukur Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah saya telah dinaikkan pangkat ke DM54 Profesor Madya bermula 1 Jun 2009. Satu majlis kesyukuran telah diadakan dan turut disertai oleh YBhg Prof Dr Muhd Kamil, Pengarah, En Badrolhisham, Timbalan Pendaftar, dan Pn Maznah, Timbalan Pustakawan UiTM Johor. Majlis turut dihadiri oleh staf UiTM Johor Bahru dan pelajar intersesi.

Terima kasih buat semua yang telah hadir. Juga terima kasih terutamanya kepada Puan Siti Hajar yang telah menguruskan majlis termasuk mencari penyedia jamuan sehingga mencari dan memilih kambing untuk disembelih.

Saya diberitahu makanannya enak dan semua yang hadir dapat menikmatinya.




Friday, 3 July 2009

Pelancaran Logo Kembara Mahkota Johor

Setelah sekian lama tidak menulis di blog, sungguh banyak perkara yang ingin diceritakan. Antara yang menarik ialah majlis pelancaran logo Kembara Mahkota Johor.



Perjalanan ke sini

Perjalanan ke sini

Perjalanan ke sini,
Pernah hati terluka, terguris, tertusuk menikam kalbu,
Air mata bergenang membasahi pipi.

Perjalanan ke sini,
Pernah tersepak, terjatuh, tersandung,
Perit, jerih, penat kaki melangkah.

Perjalanan ke sini,
Ada onak, duni, ranjau,
Namun tetap aku gagahi,
Namun tetap aku teruskan jua.

Perjalanan ke sini,
Kini aku bagai bermimpi,
Bahawa aku telah menemui destinasi.

Bahawa kuntuman senyuman mekar di sanubari,
Aku boleh berbangga,
Merasa megah, gagah dan perkasa.

Bahawa jasa ayah ibu, guru-guru, keluarga tercinta dan sahabat tanpa kecuali,
Tidak harus dibiar tanpa dibalasi.

Bahawa jasa ayah ibu, dan mereka semuanya,
Akan terus dan tetap diingati.

Perjalanan ke sini,
Terasa aman di Kampung Aman,
Aman bersama teman-teman,
Aman, nyaman dan tenteram,
Amat dekat di hati.

Alhamdulillah, perjalanan ke sini,
membawa daku menuju ke sana.

Nukilan:
PM Dr. Ahmad Che Yaacob
detik 3.20 pagi,
3 Julai 2009,
Kampung Aman, Larkin
Johor Bahru.

DITUJUKAN BUAT SEMUA PELAJAR BARU UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KHASNYA KEPADA PELAJAR BARU UiTM KAMPUS BANDARAYA JOHOR BAHRU.
Sajak ini telah saya deklamasikan pada majlis perasmian Minggu Mesra Siswa pada 3 Julai 2009.