Bergerak dari Shah Alam menuju ke Cameron Highland se awal jam 9 pagi, namun pergerakan amat perlahan.. Hanya tiba di destinasi jam 5.30 petang. Setelah berhempas pulas di lebuhraya yang amat sesak menuju ke utara, sedangkan mereka dari arah bertentangan biasa2 jer. Kereta kami hanya bergerak dalam kelajuan tak melebihi 30 km/jam dan kadangkala tak bergerak. Apa yang lebih menyedihkan ialah RnR melimpah ruah. Walaupun kami ada rasa nak ke toilet, kami tahan jer, hinggalah kami berhenti di RnR Tapah, memang tepat tekaan, orang pon sudah dak sesak seperti RnR yang sebelumnya. Kami pon dapat solat dgn sempurna dan dapat berhenti makan. Bila sudah kenyang kami meneruskan perjalanan melalui Exit Tapah. Sekali lagi tepat tekaan ramai orang pilih menggunakan Exit Simpang Pulai, jadi kami bergerak dgn pantas mendaki ke Cameron. Cuaca sejuk dengan hujan renyai2 menambahkan rasa sejuk dan nyaman. Sungguh indah Air Terjun Lata Iskandar. Pemandangan di Tea Bharat juga amat indah, kami berhenti untuk minum tea panas dan menikmati keindahan alam sambil makan scorn. Enak sungguh. Kami menuju ke hotel di Country Lodge yang cantik dan berada di atas bukit seumpama berada di England. Selepas solat Maghrib kami berjalan kaki ke pasar malam... Indahnya bercuti.. Pelbagai makanan, sayuran, pakaian, cenderamata yang dibeli, sempat pula Muizz belajar magic heheehee.. dan terror la. Beszzz la cuti .. Oke nk tidor.
2 comments:
jemput singgah rumah saya...
maaf, mungkin lain kali kot, alamat kat mana tu. hehe
Post a Comment