Monday, 16 January 2012

Konsep Sains dan Teknologi Islam

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM


1. Sains ialah usaha manusia menghurai secara tepat dan kuantitatif mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang sahih.

2. Antara konsep sains ialah hukum sebab dan akibat. Eg. panas disebabkan api, hukum pisau tajam yang boleh memotong.

3. Sains dan Islam sama2 berpegang kpd prinsip bahawa alam ini bersifat konseptual iaitu boleh difahami dan dimengerti.

4. Oleh itu kita hendaklah membuat kajian bagi memahami sesuatu kejadian. Islam juga mewajibkan umatnya berfikir.

5. Science is not truth but near to the truth. Sains sendiri belum menemui kebenaran sejati dan hakiki.

6. Tradisi Islam ialah melahirkan sains yang beriman dan teknologi yang berakhlak dan menolak teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual sebagaimana sains barat.

7. Sains barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasas kpd prinsip logos vs mitos. Logos adalah penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.

8. Namun sains moden telah banyak mencurahkan tenaga bagi memahani diri manusia, tetapi masih gagal. Manusia terdiri dari pelbagai elemen yang begitu kompleks dan sukar untuk difahami.

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

1. Untuk tujuan ibadah, cthnya tujuan mengusai ilmu astronomi untuk menentukan waktu solat, dan arah kiblat.

2. Untuk tujuan perdagangan, cthnya dgn mengetahui ilmu astronomi mereka dapat mengembara dan mengharungi lautan luas dengan panduan bintang di langit.

3. Untuk tujuan dakwah, cthnya dengan mengetahui ilmu sains dan teknologi umat Islam dapat menyebarkan mesej dakwah dgn lebih mudah, jika dulu dgn terhasilnya perjilidan al-Qur’an, dan sebagainya.

SUMBANGAN SAINS & TEKNOLOGI ISLAM

1. Astronomi

• Ilmu tentang agihan, pergerakan cakrawala dan bintang.

• Antara ilmu tertua dalam kalangan ilmu sains.

• Terdpt banyak ayat al-Qur’an mengenai ilmu astronomi dan telah meransang sarjana Muslim utk membuat kajian.

• Antara tokoh sarjana Muslim ialah:

o Muhammad ibn Ibrahim al-Fazari, telah menterjemahkan karya India Siddharta ke dalam bahasa Arab pd 155H/771H.

o http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fazari

o Juga Jadual Pahlavi dgn nama Zij.

o Terjemah karya astronomi dari bahasa Yunani.

o Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya al-Zarqali, dari Andalus,

o http://www.daviddarling.info/encyclopedia/A/Arzachel.html

o Menyusun Jadual Toledo yang berasal dari Ptolemy dan al-Khawarizmi.

o Mencipta Sahifah sbg menyempurnakn alat astrolab ciptaan al-Fazari.

o Mahir mengira gerhana matahari dan mengira jarak bumi dan bulan serta bintang-bintang yang lain.

o http://en.wikipedia.org/wiki/Astrolabe

o An astrolabe (Greek: ἁστρολάβον astrolabon, "star-taker")[1] is an elaborate inclinometer, historically used by astronomers, navigators, and astrologers. Its many uses include locating and predicting the positions of the Sun, Moon, planets, and stars, determining local time given local latitude and vice-versa, surveying, triangulation, and to cast horoscopes. It was used in classical antiquity, through the Islamic Golden Age, the European Middle Ages and Renaissance for all these purposes. In the Islamic world, it was also used to calculate the Qibla and to find the times for Salah, prayers.

o Umar al-Khayyam bukan sahaja sebagai penyair dan pemikir, tetapi juga seorang ahli astronomi dan matematik.

o Menghasilkan taqwim Tarikh al-Jalili, karya ini diterjemahkan ke bahasa Latin pada abad ke 17M.

o Jabir Ibn Aflah, dikenali sebagai Geber, ahli astronomi Andalus menghasilkan kitab al-Hay’ah.

o Nuruddin Abu Ishaq al-Bitruji dikenali sebagai Alpatragus.


2. Biologi.

• Bidang ilmu yang berkaitan dengan benda hidup.

• Pemahaman mengenai tabiat, kelakuan dan pengkelasan haiwan serta tumbuhan.

• Al-Riyasa Ibn Jarit, mengenai kegunaan limau.

• Al-Ghafiqi dari Cordova mengkelaskan tumbuhan dari Sepanyol dan Afrika, terbitkan buku ttg tumbuhan dan 50 jenis buah-buahan.

• Al-Nabati, menulis buku bertajuk Al-Rihlah ttg tumbuhan di Sepanyol, Afrika Utara, Negara Arab dan Laut Merah.

• Al-Baitar (murid al-Nabati) senaraikan 1400 jenis ubat dari tumbuhan, binatang dan bahan galian. Karya beliau bertajuk Al-Mughni fi al-Adawiyah dan Al-Jami’ fi Al-Adawiyah al-Mufradah. Karya ini telah diterjemah ke bahasa Latin, Peranchis & Jerman.

• Asma’i dari Basrah menulis buku ttg biologi haiwan spt Kitab al-Wuhusy, Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail dan Kitab al-Sya’.

• Buku anatomi manusia bertajuk Kitab al-Khalq al-Insan.

• Al-Jahiz, menulis Kitab al-Hayawan, 350 jenis haiwan ttg psikologi haiwan, persaigan antara haiwan dan adaptasi dgn alam sekitar.

• http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Jahiz

0 comments: