Esok saya ke UiTM Melaka untuk menghadiri mesyuarat Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ). Sebagai Felo saya perlu menjalankan kajian mengenai zakat dan saya telah menyiapkan satu proposal kajian untuk dibentangkan dalam mesyuarat esok. Alhamdulillah, satu kumpulan penyelidik zakat telah diwujudkan di Johor Bahru terdiri daripada Ustaz Mohd Ali Mohd Don (CITU), Puan Azizah Daut (Fakulti Pengurusan Perniagaan, bakal PhD), Puan Normah Ismail (Akademi Pengajian Bahasa, bakal PhD) dan Safiah Mohamed (Perakaunan). Kajian oleh kumpulan penyelidik di Johor Bahru bertajuk Transformasi Agihan Zakat: Model Skim Bantuan Perniagaan. Kajian ini memberi fokus kepada agihan zakat dan berusaha untuk mewujudkan satu skim baharu dengan kerjasama antara Pusat Zakat dan pihak industri.
Kajian seterusnya akan cuba diketengahkan dengan gabungan kumpulan penyelidik dari Melaka dan Shah Alam, serta penyelidik dari Indonesia Magnificient of Zakat (IMZ). Ia akan memberi fokus kepada Amil Development Program (ADP) ke arah melahirkan sumber tenaga manusia yang profesional dalam pengurusan zakat. Ia diharap akan dapat memberikan imej profesionalisme kepada institusi zakat dalam media perdana.
SABUN LIFE BOUY
-
Kami mandi bersabun hanya setahun sekali, iaitu bila tibanya hari raya.
Hari-hari lain kami mandi koboi begitu sahaja. Tuala? Tiada tuala dalam
hidup kami....
2 days ago

2 comments:
Alhamdulilah, mesyuarat dijlnkn dgn baik dan byk aktiviti telah dirancang utk memperkasakan zakat.
Selamat berkenalan dgn Felo IKaZ yg baru Prof Madya Dr Noraini Mohamad, dari ARI , Head of SME Special Interest Group. Terima kasih atas cadangan bernas. Moga dipermudahkan dan diberkati segala usaha.
Post a Comment