Beberapa hari ini terasa sakit dada dan lemah badan. Ianya menyucuk-nyucuk dan terasa pedih. Ubat terbaik ialah apabila pulang terus berehat dan tidur. Semuanya jadi tidak berapa baik, mood pun tidak ok. Budak-budak tidak boleh buat bising dan isterinya pun suruh buat medical check up. Apabila masuk berjumpa Dr Wan (klinik Maimunah), dia mengesahkan saya sihat dari segi luaran. BP ok dan mungkin "muscle pain", tetapi dia mencadangkan saya untuk bertemu pakar cardiologi untuk pemeriksaan lanjut. Temujanji telah diatur, tetapi saya akan ke IKaZ Shah Alam pada hari Isnin kerana ada lawatan daripada IMZ Jakarta. Pak Kus, dan rombongan akan tiba dan melawat IKaZ.
Sekarang ini pula sedang bertungkus lumus menanda kertas jawapan peperiksaan akhir. Dua kod masuk serentak. Harap dapat dihabiskan dengan jayanya. Maknanya, hujung minggu bukan masa untuk berehat, tetapi menyiapkan kerja.
Pada masa yang sama, perlu disiapkan soalan bagi soal selidik dan instrumen bagi kajian Permodalan Baitulmal Kebangsaan. "Dateline" untuk bengkel instrumen adalah hari Rabu 11/11 di JAWHAR bersama Majlis Agama Islam Negeri.
IID (pertandingan rekacipta) 2010 juga ada "dateline" yang hendak dikejar. Buat poster, siapkan tulisan untuk dimasukkan ke dalam jurnal, memang mencabar. Abstrak untuk ke persidangan di Syria/Jordan juga telah disiapkan. Tetapi, perlu juga mencari seminar yang dapat dimasukkan ke dalam senarai Thompson Index atau Scorpos. Kena usaha lebih sikit untuk berjaya.
Apapun, Abdul Muizz (anak ke 5) akan menyambut harijadi ke 7 pada hari Selasa 10/11. Kami bercadang untuk menyambutnya di sekolah. Mungkin satu cadangan yang baik.
